Hari ni mak tunjuk kan contoh kaitan kasut baby yang baru. Mak gunakan benang yang saya beli di Jepun masa melawat suami kat sana dulu. Patut lah tengok dia simpan aje benang tu, rupa nya sayang nak guna sebab kat Malaysia susah sangat nak cari melainkan order ikut internet. So alang alang encik suami still stay kat Jepun lagi, boleh lah kirim banyak banyak (^_^)
Kod: MC1001
Mula mula kasut ni di kait takda tali. Memang nampak comel sangat
sampai rasa nak menangis! Tapi sebab kan kaki baby Airis ni aktif sangat
sebab ikot genetik daddy dia so terpaksa jugak buat tali. Kalau tak letak memang asyik tinggal sebelah aje lah.
Sekarang ni tengah cuba nak kait warna lain pulak..Seronok pulak bila pakai benang mix colour ni sebab boleh match dengan banyak baju (-_^)
Berminat? Sila email stylishmybaby@gmail.com untuk pertanyaan lanjut bagi mendapat kan nya! (^_^)
No comments:
Post a Comment