Thursday, 27 September 2012

:: Marshmellow Booties (Kod: MC2001) ::

DONE!!!!!

Akhir nya berjaya siap kan dengan kadar berpuas hati. Sekali test kat kaki baby Airis, apa daa terbesar pulak (-_-!) Okay besar takpa sebab dia akan boleh pakai kemudian. Tapi mama Airis ni ha yg tak sabar nak tengok anak dia pakai cepat cepat gi jalan jalan. Haish~ 




Kod: MC2001

Nampak ngam pulak butang tu kat kasut ni (-_^) Boleh laa~

Berminat? Sila email stylishmybaby@gmail.com untuk pertanyaan lanjut bagi mendapat kan nya! (^_^)

Wednesday, 26 September 2012

:: Butang Butang ::

Alang alang nak keluar rumah bawa baby jalan jalan arini, singgah sekejap kat kedai jual barang barang menjahit. Ingat kan nak singgah kat satu kedai femes kat town ni, tapi takda parking pulak sebab ramai sangat orang stop. Femes betul kedai kau yea Jah! =P Takkan nak suruh baby Airis pulak tolong tunggu dalam kereta kan. Itu kes dera nama nya. Hehe. Last last pergi lah singgah kat kedai yang second femes. Kat sini ada satu parking kosong masa tu. Hmm dapat lah sebat beberapa color benang dan butang butang. Tapi butang butang kat kedai aunty ni tak best sangat. Boring giler kaler n design butang dia jual. Patut lah jatuh kedai second femes. Kuikuikui~


Saya dah suruh dah aunty tu jual butang yang cantik cantik n comel comel next time. Sebab saya carik yang bentuk bentuk bunga ke, love ke, kereta ke. Even butang bulat yang 4 lubang tu pun dia jual satu color aje. Serious boring kedai dia ni. Dia kata butang butang yang design macam tu tak laku kalau nak jual kat area ni. Habes yg saya datang ni mestilah sebab nak beli. Mungkin saya orang golongan minoriti aje lah kot yang sibuk mencari. Tapi boleh lah dari tak ada. Kalau pandai dan kena gaya nya boleh aje nampak cantik butang butang simple macam ni (^_^)


Singgah sekejap kat kedai buku. Dah lama rasa nya tak cium bau buku baru. Nak kena biasa kan Airis dengan buku jugak supaya dia suka buku dari kecil. Tetiba dengan sengaja ternampak buku ni. Haish macam banyak masa sangat lah mama si Airis ni ha kan (^_^)

Tuesday, 25 September 2012

:: Marshmellow~ ::

Hari ni terasa nak kait design yg lain sikit untuk baby Airis. Dah try dah nak pilih warna lain tapi tangan ni terambik jugak benang warna pink. Kalau letak riben riben ke, butang butang ke, manik manik ke, mesti macam menarik jugak kan. Tapi tangan ni takda lah seni sangat. Kalau tangan orang seni, main letak letak aje pun dah nampak mengancam dah.


Tapi apa kan daya ku. Tak ngam lah nak siap kan hari ni. Baby Airis dok merengek rengek aje sebab tak bagi perhatian kat dia. Hehe. Mama tengah fokus lah sayang supaya tak tersalah kira nanti ni =P

Monday, 24 September 2012

:: Benang Mix Color ::

Kebanyakan booties yg ada benang mix color ni di kait dengan benang yg terbeli masa holiday di shopping kat overseas. Kat sini still belum jumpa lg kedai kedai yg ada jual mix color. Kebanyakan nya semua satu color dan nipis sikit. Tapi okay je untuk baby dengan cuaca kat Malaysia ni. Kang panas terlampau pulak kalau tebal sangat benang.


Okay yg ini kat Jepun. Tengok! Sebena nya ada beberapa rak lg yg ada benang macam2 bentuk n color! Mana tak gila kalau ada kat depan rak ni! Tapi tak semua nya sesuai untuk buat kasut untuk baby2 yg stay kat Malaysia. Kalau kat Jepun okay lah sebab cuaca 4 musim. Masa ke sana dulu takda lah banyak sangat borong sebab hubby tak bawak pun tunjuk kedai banyak benang yang ni. Eh bawak kot! Eh ntah lah. Semua kedai pun macam tulis sama je kat sana guna tulisan ulat2 =P Or mungkin sebab stok benang cantik cantik belum sampai lagi kot masa tu (-_^)


Paling suka dengan benang dua color yang bawah ni sebab nampak ceria n macam color marshmellow (^_^) nyum~ nyum~



Berminat? Sila email stylishmybaby@gmail.com untuk pertanyaan lanjut bagi mendapat kan nya! (^_^)

Sunday, 23 September 2012

:: Merah + Hitam (Kod: SD2002) ::

Tengok dalam box ada baki benang hitam yg still banyak lg. Lepas tu terfikir pulak Airis punya kasut semua nya girls style, takda pun yg macam ganas ganas sikit. Suka tengok design booties yg macam boots kat website tapi nak membuat nya tu perlu fikir dulu masa yg sesuai. Airis ni cepat sikit jealous bila mama dia lebih sikit masa kat benda lain selain dia (^_^)



Mula-mula ingat saiz ni dah cukup besar dah untuk kaki baby Airis. Bila try aje, ngam ngam masuk kaki dia (-_-!). Aish cepat pulak kaki dia ni besar. Bila tengok cantik kat kaki dia, tetiba terfikir pulak dia mana ada baju kaler hitam or merah menyala macam ni. Makna nya kena shopping baju baru la. I loike!! hehehe....



Kod: SD2002

Berminat? Sila email stylishmybaby@gmail.com untuk pertanyaan lanjut bagi mendapat kan nya! (^_^)

Friday, 21 September 2012

:: Mix Colour Yan (Kod: MC1001) ::

Hari ni mak tunjuk kan contoh kaitan kasut baby yang baru. Mak gunakan benang yang saya beli di Jepun masa melawat suami kat sana dulu. Patut lah tengok dia simpan aje benang tu, rupa nya sayang nak guna sebab kat Malaysia susah sangat nak cari melainkan order ikut internet. So alang alang encik suami still stay kat Jepun lagi, boleh lah kirim banyak banyak (^_^)



Kod: MC1001

Mula mula kasut ni di kait takda tali. Memang nampak comel sangat sampai rasa nak menangis! Tapi sebab kan kaki baby Airis ni aktif sangat sebab ikot genetik daddy dia so terpaksa jugak buat tali. Kalau tak letak memang asyik tinggal sebelah aje lah.

Sekarang ni tengah cuba nak kait warna lain pulak..Seronok pulak bila pakai benang mix colour ni sebab boleh match dengan banyak baju (-_^)

Berminat? Sila email stylishmybaby@gmail.com untuk pertanyaan lanjut bagi mendapat kan nya! (^_^)

Wednesday, 19 September 2012

:: Simple Baby Booties (Kod:SD2001) ::


Okay! Bila dah dapat ukuran kaki baby yang sesuai, boleh dah start mengait tapak untuk stokin ni *semangat!* (-_^) Tapi takde lah mengait laju sangat macam orang pro. Level biasa biasa je dulu..hehe~ Then masa ni lah baru terfikir untuk nak letak design-design booties yang dah kitorang kait kat satu website. Mana tau kot kot ada rezeki boleh tambah income sikit dengan kelebihan yang tak seberapa ni (^_^)

Kaki baby Airis takda lah besar sangat sebab baru nak masuk 2 bulan tapi sangat aktif yang amat. Oleh sebab tu stokin-stokin untuk baby Airis kebanyakan nya kena pasang tali supaya tak tertanggal dan tercicir entah ke mana. Okay ini design yang simple dan selesa untuk baby Airis. Design baby booties yang ini dikait dengan kombinasi 2 benang berlainan warna supaya lagi menarik (^_^) Kalau nak satu warna aje pun boleh.




KOD: SD2001

:: Ukuran Saiz Kaki ::


Pertama sekali yang nak kena tahu mesti lah ukuran kaki baby. Macam mana nak tahu? Meh tengok ni..



Saiz S

  • Sesuai untuk newborn baby sehingga berumur 3 bulan. Saiz tapak adalah 3 1/2 inch.
Saiz M

  • Sesuai untuk baby dari umur 4 bulan sehingga 6 bulan. Saiz tapak adalah 4 inch.

Stokin yang dikait semua nya tak lah terlalu tebal sebab guna benang yang tak tebal. So sesuai lah sangat dengan iklim kat Malaysia especially waktu malam. Jadi baby takde lah sejuk kaki. Lagi pun kami guna kan cara kaitan jarum satu. Kaedah jarum dua belum sempat nak belajar lagi. Dan benang2 yang digunakan boleh dipercayai kualiti nya. Mostly import dari Jepun tu! (-_^)

Buat sesiapa yang nak order, boleh inform size mengikut list di atas atau pun kalau dah tau saiz kaki baby boleh aje inform kan dalam cm. Senang kan!

Tuesday, 18 September 2012

:: Mari Mengait! ::


Hari ni tetibe terasa nak buat blog baru pasal knitting pulak. Semua nya gara-gara ter'inspired' tengok mak dengan gigih nya mengait stokin untuk Airis. Sebenar nya dah lama sangat nak belajar mengait dari mak tapi masa yang tak mengizin kan. Ni dah dapat cuti bersalin 3 bulan, boleh lah sambung balik ilmu yang dah lama sangat tersekat ni. Di sebab kan ilmu mengait tu dah berabuk sikit, so terpaksa pulak menuntut balik (-_^) Basic dah ada. Just nak polish sikit aje lagi. hehe