Sunday, 7 October 2012

:: Butter+Fly = Butterfly ::


Hari ni belajar buat butterfly. Rasa nya kalau letak unsur unsur serangga kat sandal baby tu macam menarik aje kan. Mungkin lepas ni boleh belajar buat bunny booties pulak ke (^_^) Haish dah terbayang bayang dalam kepala cara membuat nya tapi nak mencuri masa tu lah tak tau macam mana. Last last kena tunggu budak kecik manja ni tidur nyenyak dulu baru boleh ambil jarum dan benang nak mula mengait. Dan hasil drpd curi curi masa tu dapat lah seekor butterfly berwarna biru..ngeh ngeh ngeh~

Kod: AA1001

Saiz nya tak adalah besar. Kecil je and just nice kalau nak deco sendiri kasut atau stokin-stokin baby (^_^) Tak berbahaya juga kerana material nya dari benang kait.

Berminat? Sila email stylishmybaby@gmail.com untuk pertanyaan lanjut bagi mendapat kan nya! (^_^)

Thursday, 4 October 2012

:: Sandal Baby ::



Dah selalu buat kasut pastu kali ni terasa nak buat sandal pulak. Tapi baby ni kaki nya lasak sikit tak reti nak diam, so kena lah buat tali belakang jugak. Yang bagus nya kasut kait ni, tak kisah lah saiz kaki tu membesar sikit still boleh pakai lagi. Benang kait yg di gunakan pun tak gatal dan stretchable. Haish macam kaler jagung pun ada jugak ni. Tetiba teringin nak makan jagung pulak dah. Hmmmm nak tambah apa lagi yea nak bagi menarik sikit. 

Monday, 1 October 2012

:: Cuba Cuba ::


Tengah mencari idea nak buat design apa utk baby. Kalau google image mmg jumpa banyak tapi tu laa..baru je nak tengok baby dah merengek rengek. Adoi lah anak ku~ saje aje takmo bagi mama buang masa sekejap yek.

Sekarang tengah cuba nak kait kasut warna purple pulak. Hmmm tapi nampak nya combinasi kuning ngan purple ni macam tak menarik aje kan. Hmmmmmm~...

:: Proses Jual Beli ::

Bagaimana nak beli?

1. Lihat gambar2 produk kami di website atau pun di facebook kami dan tentukan yg mana pilihan hati
2. Tentukan produk dengan tepat
3. Tentukan saiz yg anda mahu kan
4. Message kami di facebook atau email kami di stylishmybaby@gmail.com untuk order dan tunggu kami reply
5. Buat pembayaran ke akaun kami dan maklumkan pembayaran anda kepada kami
6. Kami akan pos ke alamat anda. Senang kan! (^_^)

Bagaimana nak tentukan saiz kasut?

Kami ada dua saiz kasut iaitu untuk saiz:-
1. 0 hingga 3 bulan saiz tapak kasut adalah 3 1/2 inch
2. 3 hingga 6 bulan saiz tapak kasut adalah 4 inch
Sila maklum kan kpd kami sekira nya anda mahukan saiz yg lain. Kami akan cuba penuhi permintaan anda.

Bila kami akan hantar melalui pos?

Setiap order dan pembayaran perlu dibuat sebelum hari ISNIN kerana kami hanya melakukan penghantaran pd hari Isnin shj. Order dan pembayaran yg dibuat pd hari Isnin, hanya akan dihantar pd hari Isnin yg BERIKUT NYA.